Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Kampung Ketapang Hilir terletak di antara Jalan Pekan – Nenasi dan jauhnya dari bandar pekan lebih kurang 5 kilometer. Ia juga bersempadan dengan Kampung Pasir Panjang dan Kampung Asli Permatang Keledang. Kebanyakkan penduduk tinggal berhampiran Jalan Raya. Kampung Ketapang Hilir mendapat nama sempena pokok Ketapang yang banyak tumbuh di sepanjang sungai Pahang dan terdapat sebatang pokok Ketapang yang besar serta menjadi mercu tanda bagi pengguna jalan air yang datang dari Kuala Pahang atau yang datang dari hulu sungai Pahang. Apabila sampai berhampiran pokok tersebut maka tahulah penguna sungai Pahang bahawa mereka sudah hampir dengan Pekan Bandar Diraja.

Kampung ini di asas oleh seorang yang bernama Teh bin Bilal Awang Kecik atau dikenali dengan nama Pak Teh Kasab yang berasal dari Kampung Langgar Pekan. Kampung Ketapang Hilir terdiri dari satu buah kampung iaitu kampung Ketapang Hilir serta empat buah Taman Perumahan iaitu Taman Perumahan Permata,Taman Perumahan Seri Pekan Baru, Taman Ketapang Mawar serta Taman Mualim. Kampung Ketapang Hilir mempunyai seramai 2065 orang penduduk termasuk Taman Perumahan dan mempunyai berbagai bangsa.



Berita & Aktiviti Terkini

PROGRAM DASHBOARD KOMUNITI-MY KOMUNITI KLUSTER PEKAN

Aktiviti Terkini | 20 Disember 2016

Program ini bertujuan untuk mendedahkan secara meluas kegunaan dan kelebihan PI1M, membantu dalam proses memperkenalkan PI1M, meningkatkan taraf pengunaan PI1M dan bekerjasama antara PI1M dalam daerah Pekan untuk mencapai KPI yang ditetapkan SKMM...baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

PENERANGAN PENGUNAAN SISTEM EROSES BERSAMA SEMUA KETUA KAMPUNG DAN SETIAUSAHA MUKIM PEKAN 1

Aktiviti Terkini | 28 November 2016

Tujuan penerangan ini diadakan untuk memberi pendedahan secara meluas tentang kegunaan dan kelebihan PI1M dan meningkatkan taraf pengunaan PI1M ...baca selanjutnya

Sambutan Hari Sukan Negara Daerah Pekan

Aktiviti Terkini | 08 Oktober 2016

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menerapkan budaya sukan di kalangan rakyat dan memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat serta pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan. Selain itu, ia akan meningkatkan pengetahuan sukan di kalangan rakyat...baca selanjutnya

PENGGAMBARAN VIDEO KLUSTER

Aktiviti Terkini | 24 September 2016

Penggambaran ini dilakukan di Golden Heritage Leisure. Tujuan penggambaran ini adalah untuk memperkenalkan tempat-tempat menarik yang ada di Pekan, Pahang...baca selanjutnya

KARNIVAL SEMARAK MERDEKA

Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2016

Tujuan karnival ini diadakan adalah memupuk semangat patriotisme di kalangan penduduk kampung dan mengeratkan silaturrahim sesama penduduk kampung...baca selanjutnya

PERASMIAN PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA KETAPANG

Aktiviti Terkini | 07 Ogos 2016

Majlis perasmian ini diadakan oleh YB Dato' Seri Sh Mohamaed Puzi Bin Sh Ali iaitu ADUN Peramu Jaya Pekan...baca selanjutnya

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KESIHATAN REMAJA 2016

Berita Terkini

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan ‘Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016'..baca selanjutnya

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA TENGKU ARIF TEMENGGONG PAHANG DI MASJID ANNUR

Aktiviti Terkini | 28 Jun 2016

Majlis Berbuka Puasa ini diadakan di Masjid Annur Kampung Ketapang Hilir Pekan. Majlis ini bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara kakitangan PI1m dengan AJK masjid dan sebagai tanggungjawab sosial kepada masyarakat sekeliling...baca selanjutnya

GOTONG ROYONG PERDANA BERSAMA 6 BUAH KAMPUNG

Aktiviti Terkini | 17 Mei 2016

Pembersihan beramai-beramai yang melibatkan 6 buah kampung yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk-penduduk kampung yang terlibat...baca selanjutnya

PROGRAM BERSAMA AJK MASJID ANNUR BESERTA PENGENALAN MENGENAI PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA TMN PERMATA KG KETAPANG HILIR.

Aktiviti Terkini | 22 April 2016

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan internet kepada komuniti di Taman Permata Kg. Ketapang..baca selanjutnya

Program Klik Dengan Bijak dan Pembelajaran Microsoft Office Bersama Ahli Perpustakaan Awam Daerah Pekan

Aktiviti Terkini | 25 Mac 2016

Program ini memberi peluang kepada remaja mempelajari dan mengetahui tentang program Klik Dengan Bijak yang dianjurkan oleh PI1M...baca selanjutnya

Program Klik Dengan Bijak Bersama Ahli Perpustakaan Awam Daerah Pekan

Aktiviti Terkini | 26 Februari 2016

Program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli Perpustakaan Awam Daerah Pekan dengan pihak pengurusan PI1M Taman Permata, Kg. Ketapang...baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan.baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian. baca selanjutnya

Program Klik Dengan Bijak Bersama Ahli Perpustakaan Awam Daerah Pekan

Aktiviti Terkini | 22 Jan 2016

Program ini memberi pendedahan kepada ahli PI1M tentang penggunaan ICT dengan bijak dan dapat memberi info kepada mereka tentang tatacara melayari internet dengan berhemah...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

oOrang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan...baca selanjutnya